__________________________________

__________________________________

Senarai Penceramah

TENAGA FASILITATOR/PENCERAMAH

Terdapat 7 orang tenaga fasilitator terlibat pada setiap sesi kursus/minggu. Kesemua mereka adalah yang terpilih dari semua sudut samada dari segi kelayakan, pengalaman dan cara penyampaiannya.  Apa yang penting ialah mereka mendapat tauliah sebagai fasilitator Kursus Perkahwinan daripada JAWI/JAKIM/JPM.  

  • Ustaz Nasrodin bin Mat Daud
Lepasan daripada Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada masa sekarang bertugas sebagai Pendaftar Nikah di JAWI dan sangat bersesuaian untuk bercakap mengenai PERKAHWINAN DAN PROSEDUR, NIKAH, CERAI DAN RUJUK. Beliau mempunyai pengalaman yang luas di bidang ini untuk berkongsi dengan peserta. Bersesuaian dengan tugasnya, beliau dipanggil untuk menikahkan VIP dan VVIP seperti Dato’ Siti Nurhaliza dan lain-lain.

  • Ustaz Azman bin Mat Hassan
Berkelulusan Sarjana Muda Agama Islam (UKM) dan Master dalam bidang Pengurusan Perniagaan (MBA – Intan). Beliau bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah di JAKIM. Sebelum itu beliau bertugas sebagai Pendaftar Nikah di JAWI Labuan dan Bahagian KESUMA di JAKIM. Beliau akan membicarakan tentang PENGURUSAN STRESS DAN KONFLIK.

  • Ustaz Ab Kadir Derani
Seorang penceramah bebas. Sebelum itu beliau bertugas sebagai Pengurus Dakwah  di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan pegawai di LPPKN. Beliau akan bercakap mengenai Komunikasi Keluarga dan Pengurusan Sumber.  Juga merupakan salah seorang penceramah yang diminati oleh peserta-peserta kami dengan cara penyampaiannya yang cukup bertenaga dan amat tidak membosankan.

  • Dr. Amaludin Ab Rahman
Seorang pensyarah Kanan di Universiti Putra Malaysia. Beliau juga seorang perunding motivasi dan panel kepada beberapa program di TV3, RTM, Radio IKIM dan lain-lain dengan pengkhususan kepada program remaja. Beliau akan bercakap mengenai  tajuk Kesihatan bersesuaian dengan kelayakan beliau yang berkelulusan PHD. di bidang berkenaan.

  • Ustaz Mohd Ajib bin Ismail 
Bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah di JAKIM.  Sebelum ini bertugas sebagai Pendaftar Nikah dan Ketua Penguatkuasa di JAWI.  Pengalamannya melebihi 15 tahun sudah cukup untuk melengkapi beliau untuk membawa tajuk Ibadah & Akhlak dengan berkesan sekali.


  • Ustaz Mohd Ansarullah Mohd Hashim
        Bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah di JAKIM.  Sebelum ini
          sebagai Pendaftar Nikah di JAWI.  Pengalaman sebagai fasilitator selama
          15 tahun

  • Ustazah Zawiah Hj Hassan
          Sering kali di jemput di program-program televisyen sebagai 
          Pendakwah bebas.  Sebelum bersara beliau merupakan Ketua
          Penolong Pengarah Kanan di JAKIM.  Pengalaman selama 30 tahun
          di Jabatan Agama amat cukup untuk beliau menyampaikan ceramah
          berdasarkan permasaalan rumahtangga yang boleh diberi contoh dan
          sempadan.
Mereka diatas adalah sebahagian dari penceramah yang ada untuk berkongsi pengalaman dengan peserta berpandukan Modul yang ada.

1 comment:

  1. macam mna kalau nak jemput ustaz untuk bgi sedikit ceramah

    ReplyDelete